Saturday 13 September 2014

aduhhh malasnya nak melipat baju....



Berjumpa lagi... Tengah bersemangat nak menulis entri ni... Yer la benda baru pada diri, jadi semangatnya lebih dari biasa. Semangat yang datang tu,agak luar biasa jugalah... Tapi masih dalam belajar menguasai bidang blog ni... Sekiranya banyak kekurangan maaf ye sahabat-sahabat.

Biasanya bercakap dengan orang... Tapi kali ni aku cuba untuk lebih banyak bercakap dengan blog aku yang baru sehari jagung ni.... Bila bercakap dalam ni sekurangnya boleh baca balik dan kalau ada salah boleh betulkan tapi kalau bercakap dengan orang ni.... Takut- takut salahnya lebih banyak dari yang betul. Kalau dah banyak salah tentu banyak dosa kan.... Bak kata anak aku... Banyak dosa, mati terseksa... Nanti masuk neraka.... Nauzubillah... Ya Allah kau ampunkanlah dosaku dan kau lembutkanlah hati mereka-mereka yang pernah aku sakiti hatinya untuk maafkn aku.... Amin.

Untuk kali ni, seperti yang aku janji... aku hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat berkaitan memudahkan tugas perempuan berkerjaya, lebih-lebih lagi yang memegang pangkat isteri dan ibu ni... 

Sebenarnya rakan- rakan lebih arif tapi manalah tahu yang ini dapat membantu, aku sendiri yang alaminya dan menerapkan dalam keluarga aku. 

Perkara yang nak diperkatakan ni mengenai baju anak- anak yang melambak tidak berlipat. Bab melipat baju ni memang perkara yang paling aku tak gemar. Aku lebih sanggup tengok baju aku menggunung dan lebih rela menggali bila nak digunakan dari aku duduk berteleku melipat berjam- jam... Mintak ampun... Nak mulakan melipat tu memang kena ambil masa yang terlalu lama sampailah mak aku datang dan tolong lipatkan... Hehehehe terima kasih mak.... (Sebenarnya aku tak suruh pun mak aku lipat ye....)

Jadi setelah difikirkan masalah ni... Aku pun tiba-tiba datang idea nak buat almari pasang siap khas untuk anak aku dengan pilihan aku sendiri apa yang nak dipasang dalam almari tu nanti. Jadi idea yang bernas ni aku bincangkan dengan big bos aku, alhamdulillah setelah ada kata sepakat kami mulakan menabung.... Hehehe bukannya petik jari je duit ni.... Akhirnya yang diidamkan terlaksana jua....

Inilah hasilnya... Yang atas baju abang (9tahun) bawah pula adik (5tahun)

Jadilah selamatlah aku dari nak melipat baju anak- anak ni... 2 orang ni bajunya macam 20 orang. Secara tak langsung dapat mendidik mereka sentiasa peka dengan baju mereka dan rajin membantu. Sekarang, tidak menggunung lagi... Mereka sendiri yang menghanger baju mereka dan menggantung dalam almari. Ringan sikit tugas kita ibu-ibu... Dan bila menghanger baju tu... Aku suruh buat sama- sama supaya dapat menanamkan sifat bekerjasama antara mereka... Ada tak yang dah buat??? Pasti berbaloikan hasilnya....

Cara nak menggantung, menghanger pun perlu diajar ye ibu-ibu. Mesti dari mula lagi.. Sebab yang pertama diajarlah yang akan anak- anak kita akan ingat sampai bila- bila. Lebih-lebih lagi dapat mak yang cerewet macam aku ni.... Pastikan baju tido disatukn... Yang lengan panjang, dengan lengan panjang, seluar mesti di belakang dan bla bla bla.... Akhirnya apa yang dapat dari kecerewetan tu.... Pastilah memudahkan mereka nak mencari.... ;)

Oh ya lagi satu pic aku nak kongsikan....


Haaa nampak tak kat bawah baju-baju tu... Tu semua beg kertas.... Apa isi dia??? 1 untuk seluar kecik, 1 untuk kopiah sahaja, 1 untuk singlet sahaja.. 1 untuk stokin dan 1 lagi untuk pakaian renang anak-anak.... Tak perlu beli mahal- mahal pakai aja beg kertas yang sedia ada... Lagi cantik dan baik kalau dapat labelkan bahagian luarnya tu... Mudah anak nak cari.... Dah takde lagi baju menggunung, dan dah takde baju dalam almari jatuh ke lantai bila dibuka.... Senang hati... Tugas dah dibantu sebahagian... Jadi masa berkualiti bersama keluarga dan masa bersamaNya lebih dari biasa.... Kalau ibu-ibu rasa idea ni baik gunakanlah... Bagi yang memang dah lama laksanakan TAHNIAH anda lebih maju dan kreatif.... Hidup semakin mudahkan....Selamat mencuba!!!!! 













Hidup ini mudah

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi menyinggah dan membaca blog ini.
Alhamdulillah Allah bagi ilham untuk aku menyediakan entri ini untuk kawan-kawan semua..  Sebenarnya aku bukanlah pandai apalagi nak memandai... Aku menulis ni hanya untuk aku bercerita apa yang terlintas dihati dan kepala. Semuanya hanyalah berkisah kehidupan....

Erm... Hidup ini mudah??? Mesti semua tertanya- tanya apa sebenarnya nak ditulis... Pasti juga banyak persoalan yang timbul dalam kepala para pembaca semua. Ya.. Hidup ni mudah jika kita rasa ia mudah dan sebaliknya... Kalau kita rasa ia susah pastilah susah.... Kenapa aku kata macam tu.... Sebabnya, perkara ni pernah terlintas pada hati aku ni... Hidup ni terlalu rumit, banyak sangat yang nak dilakukan untuk dapatkan hasil yang baik. Tapi... Selepas banyak pahit manis yang dilalui barulah aku sedar rupanya hidup ni tak susah mana pun... Yang penting kita ikhlas hati pun jadi senang....

Bukan semua hidup orang bujang tu mudah dan juga bukan semua hidup orang yang dah berkeluarga tu susah dan merumitkan... Apa yang perlu, kita bijak merancang kehidupan kita hari-hari supaya hasilnya berkualiti dan hebat macam kita merancang sesuatu program. Begitulah juga kehidupan harian kita, yang penting kita tidak menyusahkan orang disekeliling kita...

Terutamanya bila kita ni seorang yang berkerjaya. Mana nak diutamakan??? Tugas di tempat kerja? Keluarga atau kedua-duanya... Sebenarnya kedua-duanya. Kerja kerana kita mendapatkan rezeki dari situ, keluarga pula kerana kebahagiaan ada disitu juga. Jadi bagaimana untuk melaksanakan kedua-duanya dengan baik? Pandailah membahagikan masa serta bijak manage masa yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya. Hasilnya kita hidup dengan tenang dan bahagia.

Banyak lagi yang nak diperkatakan tapi kerana ini permulaan biarlah hanya ini dahulu agar pembaca tak bosan dan akan terus menunggu- nunggu apa yang nak disampaikan....

Untuk penulisan akan datang, saya akan kongsikan bagaimana cara permudahkan tugas kita sebagai isteri dan ibu. Erm... Bukan untuk sahaja ye... Orang lelaki pun boleh juga manalah tau boleh juga berkongsi dengan isteri dirumah tu.. Tunggu...Insyaallah.

Sekiranya ada tersalah kata maaf dipinta untuk enteri pertama ini. Sehingga bertemu kembali. Wassalam..