Saturday, 13 September 2014

Hidup ini mudah

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana sudi menyinggah dan membaca blog ini.
Alhamdulillah Allah bagi ilham untuk aku menyediakan entri ini untuk kawan-kawan semua..  Sebenarnya aku bukanlah pandai apalagi nak memandai... Aku menulis ni hanya untuk aku bercerita apa yang terlintas dihati dan kepala. Semuanya hanyalah berkisah kehidupan....

Erm... Hidup ini mudah??? Mesti semua tertanya- tanya apa sebenarnya nak ditulis... Pasti juga banyak persoalan yang timbul dalam kepala para pembaca semua. Ya.. Hidup ni mudah jika kita rasa ia mudah dan sebaliknya... Kalau kita rasa ia susah pastilah susah.... Kenapa aku kata macam tu.... Sebabnya, perkara ni pernah terlintas pada hati aku ni... Hidup ni terlalu rumit, banyak sangat yang nak dilakukan untuk dapatkan hasil yang baik. Tapi... Selepas banyak pahit manis yang dilalui barulah aku sedar rupanya hidup ni tak susah mana pun... Yang penting kita ikhlas hati pun jadi senang....

Bukan semua hidup orang bujang tu mudah dan juga bukan semua hidup orang yang dah berkeluarga tu susah dan merumitkan... Apa yang perlu, kita bijak merancang kehidupan kita hari-hari supaya hasilnya berkualiti dan hebat macam kita merancang sesuatu program. Begitulah juga kehidupan harian kita, yang penting kita tidak menyusahkan orang disekeliling kita...

Terutamanya bila kita ni seorang yang berkerjaya. Mana nak diutamakan??? Tugas di tempat kerja? Keluarga atau kedua-duanya... Sebenarnya kedua-duanya. Kerja kerana kita mendapatkan rezeki dari situ, keluarga pula kerana kebahagiaan ada disitu juga. Jadi bagaimana untuk melaksanakan kedua-duanya dengan baik? Pandailah membahagikan masa serta bijak manage masa yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya. Hasilnya kita hidup dengan tenang dan bahagia.

Banyak lagi yang nak diperkatakan tapi kerana ini permulaan biarlah hanya ini dahulu agar pembaca tak bosan dan akan terus menunggu- nunggu apa yang nak disampaikan....

Untuk penulisan akan datang, saya akan kongsikan bagaimana cara permudahkan tugas kita sebagai isteri dan ibu. Erm... Bukan untuk sahaja ye... Orang lelaki pun boleh juga manalah tau boleh juga berkongsi dengan isteri dirumah tu.. Tunggu...Insyaallah.

Sekiranya ada tersalah kata maaf dipinta untuk enteri pertama ini. Sehingga bertemu kembali. Wassalam..







2 comments: